SHAH ALAM, 7 JAN: Selangor FC menyerahkan segala perancangan tahun depan skuadnya itu kepada Ketua Jurulatih Katsuhito Kinoshi.
SHAH ALAM, 4 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan penghargaan berjumlah RM500,000 kepada pasukan Selangor FC.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengambil berat keselamatan pemain daripada gejala samseng bola sepak atau hooliganisme, kelompok peminat yang terlalu taasub terhadap sesebuah pasukan.
KLANG, 11 DIS: Pemain Selangor FC Faisal Halim menyifatkan pengurniaan darjah kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi semangat baharu selepas berdepan insiden malang, Mei lalu.
SEREMBAN, 10 DIS: Selangor FC perlu mengekalkan rentak kemenangan dalam menghadapi perlawanan Liga Super seterusnya, kata ketua jurulatih Katsuhito Kinoshi.
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Pengendali baharu Selangor FC Katsuhito Kinoshi tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun tewas 1-2 kepada wakil Thailand, Muangthong United dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya semalam.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 7 NOV: Rekod tanpa kalah Selangor FC (SFC) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) lebur selepas tewas tipis 0-1 di tangan Jeonbuk Hyundai Motors FC pada aksi di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR, 6 NOV: Selangor FC (SFC) bersedia berdepan mana-mana 'skuad' yang bakal diturunkan Jeonbuk Hyundai Motors FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, malam esok.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar mendedahkan Nidzam Jamil pernah meluahkan hasrat meletak jawatan sebagai pengendali Gergasi Merah, sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengakui skuad Gergasi Merah mempunyai jurang yang besar daripada segi kutipan mata berbanding pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas 13 perlawanan pada aksi Liga Super 2024/2025.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Ketua jurulatih Selangor FC Mohd Nidzam Jamil tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila skuad bimbingannya gagal menyekat dominasi pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri malam tadi.
PETALING JAYA, 27 OKT: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya di sini malam ini.
SHAH ALAM, 21 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan semua pihak termasuk penyokong Selangor FC menjaga tingkah laku bagi mengelak perselisihan di dalam atau luar padang sehingga membawa kepada keganasan.
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Pasukan Selangor FC sudah bersedia menghadapi dua perlawanan penting berturut-turut minggu ini, bertemu Jeonbuk Hyundai Motors FC 23 Oktober dan juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT), empat hari kemudian.
KUALA LUMPUR, 7 OKT: Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dari 7 hingga 15 Oktober ini.
SHAH ALAM, 6 OKT: Selangor FC menjalin kerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) bagi memperkasa pemain muda dengan kemahiran teknikal dan vokasional.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Pemain sayap sensasi Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25, semalam.
KUALA LUMPUR, 3 OKT: Pemain muda dari Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor FC bawah 23 tahun (B-23) merupakan antara tiga muka baharu yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.